Followers

Wednesday, 17 May 2017

PELANGI CANTIK

hidup sebagai seorang manusia taklah semudah yang disangka , setiap jam tu berjalan dengan cepat dan disetiap minit tu ada cerita atau perkara yang kita perasan atau tak yang ianya terjadi , setiap ruang dan sudut emosi dan fikiran diisi diracuni lalu, lahir ego yang kadang tak mampu dikawal . jiwa memberontak setiap saat.

bila semua kenyataan hidup atau hampir semua kita lalui satu masa hati akan berbisik ''sampai bila,penat untuk bertahan''.Fikiran,emosi,perasaan masih kuat untuk mengawal semua agar hati yang satu mati tanpa dipeduli . itu manusia yang takpernah sedar yang kadang-kadang ego tu sebenarnya ibarat pembunuh',Ego mampu membunuh seluruh jiwa,hati dan mungkin kalau tak mampu kawal hidup yang realiti juga akan mati.

bermain dengan perasaan,fikirkan diri sendiri pentingkan ego sampai aku sendiri tak mampu jujur walaupun dengan diri sendiri , sedihkan ? sampai saat ni hati aku sayu . menangis pun dah tak mampu . nak cakap maaf untuk diri sendri pun tak mampu , see ? banyak sangat . hidup dalam mati . rasa bersalah , terfikir disepanjang hidup aku aku sia-siakan .macamtu ja . tapi mungkin jalan cerita ni dah tertulis kan ? aku cuma sedih sayu kadang-kadang sakit . sakit tengok orang yang sayang aku sakit sebab aku sendiri , dosa aku mungkin tak kan terampun . 

yang takpernah aku fikir sebelum ni tapi dah buat aku sedar .. kehadiran orang takpernah penat kejar aku , sayang aku , bertahan dengan aku , sembunyikan rasa sakit dan perit disetiapkali aku sakitkan hati dia tapi masih mampu senyum dan takpenah penat untuk terus tarik aku untuk berjalan disatu jalan dan mengatur langkah sama-sama untuk kejar impian yang aku sendiri nak dan kami cipta , Sampai saat nee aku masih rasa bersalah , sampai sakit yang dia rasa aku rasa . dalam kan luka tu ? 

aku cuba bayangkan  hidup aku takda dia . sunyi sepi kosong . dan aku takmampu teruskan semua nii tanpa dia .. paling tak dapat aku bayangkan putera aku 'Rayyan,kesayangan kami akan tanya 'mama mana papa?'' , masa tu mungkin aku betul-betul mati sebab hidup Rayyan cuma ada aku mama dia dan dia papa Rayyan sampai bila-bila .

itu akan terjadi kalau masih ikutkan ego aku pentigkan fikiran aku aku hilang bukan satu tapi dua orang yang sangat-sangat penting dalam hidup aku , Ego aku mati lepas sedar betapa peritnya disakiti . Hati aku terlepas dari kurungan bersuara yang dia sebenarnya aku perlukan untuk jadi pelengkap hidup dan Rayyan perlukan papa dia ,  Yang takpernah terjadi dalam hidup aku ego aku kalah dan mati . 


aku bahagia , tapi aku kena terima kadang-kadang cara pola hidup menyakitkan aku setiap minit , cemburu takut itu yang sangat aku rasa . 
aku cintakan dia


terima kasih hadiahkan aku pelangi yang sangat indah dan cantik (R)

No comments:

Post a Comment